AKU CINTA KAMU

MYR 16.90
Estimated Delivery Time: 1 Week
Quantity

PRODUCT INFORMATION

TAJUK NOVEL: AKU CINTA KAMU

PENULIS: EBRIZA MD AMINNUDIN

BIL. MUKA SURAT: 324 m/s

 

Bukan setahun dua aku simpan rasa tersinggungku ini padamu. Bertahun lamanya aku biarkan ia begitu... dan terus kekal begitu. Sehinggalah bila kita ditemukan semula, kau dan aku rupa-rupanya telah jauh berbeza. Masa dan keadaan mengajar aku menjadi manusia cepat pandai. Namun tidak cepat untuk melupakan. Ezzy... andai paras rupa yang menjadi taruhan... Sya rela meletakkan diri ini sebagai taruhanmu. Sya akan melakukannya demi sebuah dendam. Dan itulah yang tidak mampu Sya lakukan sejak dahulu lagi... ingin melihat kau tersungkur di hujung kaki seorang perempuan yang hatinya telah 'mati' kerana telah dicuri. Lalu aku pun bermain 'sembunyi-sembunyi' untuk mengaburkan mata dan hatimu. Dan kau tidak pernah mengesyaki kewujudanku di tengah-tengah gelanggang permainanmu. Sedang aku saban waktu tersenyum menang pada setiap permainan yang engkau ciptakan. Kemenangan yang aku raikan bersama teman-teman. Kemenangan yang seringnya menerbitkan rasa rindu dan kasih padamu. Kerana hatiku sebenarnya telah lama tewas pada setiap permainan ciptaanmu...