AYUP ANAK TULAKANG (HARD COVER)

MYR 48.90
Estimated Delivery Time: 1 Week
Quantity

PRODUCT INFORMATION

AYUP ANAK TULAKANG

KARTUNIS: NAN

 

Nan merupakan pelukis kartun yang terkenal dan disegani. Penglibatannya dalam dunia kartun sungguh besar dan bererti. 

Teman kenan Nan lama dulu. Mula-mula teman tidak kenal orangnya. Teman kenal kartunnya yang disiarkan di dalam Majalah Kancil. Hebat dan Canggih. Mengatasi para pelukis kartun sezaman dengannya. Masa itu Nan masih menuntut di ITM. Teman pula sudah bekerja, tapi belum begitu popular.

Suatu hari, editor teman kenalkan dengan Nan. Berambut gondrong, bercermin mata dan kurus kediking saja orangnya. Tapi mudah tersenyum.

Sayangnya sebagai seorang pelukis ketika itu, teman terpaksa reject semua karyanya. Bukan kerana tak bagus, tetapi kerana terlalu bagus takut menjejaskan periuk nasi teman. Tambahan pula teman fikir dia tengah belajar, kalau asyik buat kerja luar, nanti kantul pula pelajarannya.

Lama kemudian teman dengar dia join Utusan. Kartunnya mula terkenal dan dia mula dikenali. Terutama sekali siri 'Din Teksi'nya.

Kerana dia sudah terkenal, teman pula memang dasar gila glamour, teman minta dia melukis yang terbaik untuk Majalah Gila-Gila. Maka lahirnya Ayup Anak Tulakang yang penuh Lagenda ini. Salah satu ceritanya yang menjadi ikutan jutaan peminat sehingga kini.

Itu pun teman tidak bubuh namanya pada kartunnya. Fasal teman risau, dia lebih terkenal daripada teman... sedangkan teman jauh lebih handsome dan kaya-raya daripadanya. Sebab teman tahu, Nan ni banyak kawan Datuk-Datuk dan Tan Sri-Tan Sri.

Lagipun Nan ni sebenarnya bukan sahaja boleh melukis kartun dan buat cerita kartun, dia juga pereka, usahawan dan ada ijazah dalam bidang seni catan halus.

Teman... pernahlah kira tangga Waseda Universiti di Tokyo tu.. itu pun ingat-ingat lupa!

MANSASAU