JUNGLE JOKES - JAAFAR TAIB

MYR 129.90 MYR 99.90
Estimated Delivery Time: 1 Week
Quantity

PRODUCT INFORMATION

Koleksi Gila-Gila: Jungle Jokes

Kartunis: Jaafar Taib

 

Nama Jaafar Taib mungkin kurang dikenali oleh generasi hari ini. Namun bagi peminat dunia kartun tanahair khususnya majalah Gila-Gila, nama ini merupakan sebuah nama besar dalam menghasilkan idea serta lukisan yang  berkualiti.

Walaupun diberikan tajuk Jungle Jokes, bukanlah semua lawaknya berkisarkan hutan walaupun majoritinya berkaitan haiwan. Dan ada sebuah lukisan oleh kartunis Kerengge yang barangkali 'tersesat' termasuk di dalam koleksi ini. 

Walau apapun lukisan Jaafar Taib mempunyai kelasnya yang tersendiri. Pewarnaan kartunnya yang dibuat secara manual menggunakan warna air amatlah cantik dan sesuai dijadikan rujukan peminat lukisan.