UJANG (SOFT COVER)

MYR 14.90
Estimated Delivery Time: 1 Week
Quantity

PRODUCT INFORMATION

"Dihanyutkan ke air yang deras, Dibuang ke tanah yang lekang."

Kompilasi Gila-Gila: Karya Ujang

Sesudah tidak berjaya meneruskan penganggurannya pada tahun 1983 (dia lulus SPM pada tahun 1982), Ujang terus datang ke Kuala Lumpur pada awal tahun 1984. Bermodalkan buku kartun setebal 24 muka yang bertajuk 'Hikayat Ujang Senang', dia memberanikan hati dan kaki bertemu dengan Jaafar Taib di pejabat Creative Enterprise. Sekali pandang sahaja Jaafar Taib dapat melihat potensi dalam diri Ujang sebagai kartunis berbakat dan itulah permulaan riwayat Ujang dengan Majalah Gila-Gila.

Semenjak itu nama Ujang telah menambat hati peminat-peminat Gila-Gila terutama anak-anak muda. Kartun-kartun Ujang kebanyakannya diilhamkan oleh kehidupan dan budi laku generasinya sendiri. Keistimewaan yang paling ketara dalam karya-karya Ujang ialah kebolehannya menjalinkan kesedihan ke dalam kelucuan, menjadi orang tertawa sambil terharu.